Menu
Emoji Blok UnicodeUnicode 12.0 memaparkan emoji dengan menggunakan 1,311 aksara yang terhampar di serata 24 blok; 26 daripada aksara itu merupakan Regional Indicator Symbols yang boleh digabungkan secara berduaan untuk membentuk emoji bendera, dan 12 lagi (#, * dan 0–9) merupakan aksara asas untuk jujukan emoji keycap:
Terdapat lebih banyak emoji dalam blok-blok Unicode yang berikut: Arrows (8), Basic Latin (12), CJK Symbols and Punctuation (2), Enclosed Alphanumeric Supplement (41), Enclosed Alphanumerics (1), Enclosed CJK Letters and Months (2), Enclosed Ideographic Supplement (15), General Punctuation (2), Geometric Shapes (8), Geometric Shapes Extended (12), Latin-1 Supplement (2), Letterlike Symbols (2), Mahjong Tiles (1), Miscellaneous Symbols and Arrows (7), Miscellaneous Technical (18), Playing Cards (1), Supplemental Arrows-B (2).
Sesetengah vendor, terutamanya Microsoft, Samsung dan HTC, menokok tambah penyampaian emoji pada beberapa aksara Unicode yang sedia ada atau mereka jujukan ZWJ sendiri.
Microsoft memaparkan semua buah mahjong (U+1F000‥2B, bukan sahaja U+1F004 🀄 MAHJONG TILE RED DRAGON) dan sama bunga alternatif (U+2661 ♡ , U+2662 ♢ , U+2664 ♤ , U+2666 ♦ ) sebagai emoji. Ia juga menyokong pensel tambahan (U+270E ✎ , U+2710 ✐ ) dan bulet berbentuk lekuk (U+2765 ❥ ).
Biarpun hanya U+261D ☝ merupakan emoji yang rasmi, Microsoft dan Samsung menambah tiga tunjuk arah yang lain sekali (U+261C ☜ , U+261E ☞ , U+261F ☟ ).Kedua-dua vendor itu menjodohkan emoji petak undi bertanda rait U+2611 ☑ dengan petak undi bertanda pangkah U+2612 ☒ , tetapi hanya Samsung yang juga menyertakan petak undi kosong U+2610 ☐ .
Menu
Emoji Blok UnicodeBerkaitan
Emoji Emosi Emotikon Emotivisme Emosi pada haiwan Emosi (album Sheila Majid) EmotiBot Emosi (album Jay Jay)Rujukan
WikiPedia: Emoji http://www.huffingtonpost.com/2014/06/27/emoji-mea... http://nymag.com/daily/intelligencer/2014/11/emoji... https://www.dailydot.com/debug/emoji-miscommunicat... https://www.nbcnews.com/video/how-emojis-took-cent... https://www.nytimes.com/2015/07/18/nytnow/letting-... https://www.nytimes.com/2015/10/21/technology/how-... https://www.theguardian.com/commentisfree/2015/aug... https://www.theguardian.com/technology/2015/feb/06... https://www.washingtonpost.com/news/morning-mix/wp... https://unicode.org/Public/emoji/latest/emoji-data...